Monday, March 8, 2010

MULTIVITAMIN USANA



Dalam dunia serba moden ini kita tidak dapat lari dari mengidap pelbagai penyakit seperti :

1. Jantung
2. Kencing Manis
3. Tekanan Darah Tinggi
4. Strok
5. Senggugut
6. Jerawat dan masalah kulit yang lain
7. Sakit lutut (Artritis)
8. Resdung
9. Sakit Kepala (Migrain)
10. Buasir
11. Parkinson
12. Pelbagai penyakit kronik yang lain

Pakar Kesihatan percaya radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik. Radikal bebas juga boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser.

Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:

• Pencemaran alam sekitar
• Tekanan Hidup (stress)
• Gaya Hidup Tidak sihat (merokok, minuman keras)
• Makanan dan Minuman (Makanan yang berlemak, berminyak, ....)


Oleh yang demikian ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan.

Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikal bebas. Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan. Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan.

Bagaimanapun, dengan kehidupan zaman sekarang, ianya sukar diamalkan.
Apatah dengan kaedah penyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja.Sehubungan itu, kita disarankan mengambil supplemen (vitamin) atau makanan tambahan bagi menjamin tubuh badan sentiasa sihat.



MEMILIH VITAMIN YANG BETUL

Vitamin merupakan satu dari 6 jenis nutrien asas yang diperlukan dalam diet atau makanan kita. Ia membantu badan berfungsi dan membesar dalam keadaan normal. Sumber semula jadi vitamin boleh didapati dari makanan yang kita makan setiap hari. Walau bagaimanapun, sesetengah jenis vitamin telah hilang semasa memasak, memproses atau menyimpan makanan. Jika seseorang itu menunjukkan dengan jelas gejala kekurangan vitamin maka vitamin tambahan hendaklah diambil.

Pemilihan vitamin yang betul amat penting dalam memastikan tahap kesihatan yang optimum. Oleh itu ambillah USANA kerana ia adalah vitamin yang dapat membekalkan segala nutriien yang diperlukan oleh badan.

No comments:

Post a Comment